Wednesday, April 15, 2009

MAZFA Resources

Penubuhan konsultan yang cenderung ke arah penganjuran pelbagai kursus dan program seperti Kursus Multimedia, Kursus Motivasi, Kelas Kemahiran Komputer, Membekalkan peralatan-peralatan IT,Design dan Cetakan dan lain-lain lagi. Ini merupakan satu usaha murni yang amat diperlukan oleh masyarakat kini. Perkembangan masyarakat khususnya remaja dan pelajar ke dalam era informasi dan dunia tanpa sempadan.Lazimnya golongan ini terdedah kepada suasana dan kelakuan tidak sihat yang bertentangan dengan ajaran agama dan budaya timur. Suasana seperti ini sebenarnya tidak boleh dipandang ringan kerana golongan pelajar dan remaja merupakan pelapis masyarakat yang akan membimbing negara pada masa hadapan. Mereka juga merupakan golongan yang diletakkan harapan oleh negara untuk membimbing masyarakat masa hadapan ke jalan yang benar sama ada dari segi agama, sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Justeru itu, penubuhan konsultan ini menfokuskan tujuan untuk melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran seperti yang disarankan oleh kerajaan dalam usaha melahirkan masyarakat yang memiliki minda kelas pertama. Usaha ini juga bertujuan menyedarkan remaja khususnya golongan pelajar tentang keseimbangan pelajaran dan sahsiah di dalam kehidupan mereka. Selain itu, konsultan ini juga turut menyediakan program- program lain untuk pelbagai golongan masyarakat sejajar dengan keadaan masa kini.

No comments:

Post a Comment